Thursday, July 21, 2011

Durian Lagikkkk????

DURIAN atau saintifik nyer Durio Zibethinus nih mmg orang sgt nantikan musim die. Melayu ke, Cina ke, India ke, kaya ke, miskin ke mmg favorit nih. Lagi-lagi raja buah nih boleh dibuat dalam pelbagai jenis makanan macam pulut durian, kek, tempoyak dan mcm2 lagi lah. Kebiasaanya lah kan, buah durian boleh mencapai berat 1 - 3 kg, which cause ladang durian tuh kawasan BERBAHAYA time musim die datang. Sebab apa? Sebiji durian kalau lah jatuh atas kepala orang, nercaya, pastikan handphone korg ada credit untuk call 911, either cedera teruk atau pun mati. Tapi dalam ramai2 nih kan, ada juga yang jenis anti-durian. Pelik aq, smp tak boleh bau pun. Haishhhh.....

Nak tgk wayang ke atau nak makan durian? Last-last aq pilih pergi mkan durian dgn family aq. Petang tadi, tanpa melengahkan masa, cewah, terus ktorg gerak pergi Jalan Haji Ahmad (blkg SASCC, Kuantan). Sampai jer, perghhhh....byk nyer gerai durian kt tepi jalan. Ktorg pilih satu gerai and terus pilih buah. Ada Udang Merah, Raja Kunyit, D24 dan byk lagi lah. Makan punya makan sampai tak sedar dah berbiji-biji ktorg baham durian kat gerai tuh.Hehehe... Tak puas lagi, ayah aq beli lagi durian cenonet (bak kate mak aq yang bermaksud kecik) untuk dibawa balik rumah. Siap buat bekalan lagi.

Terfikir juga nak bawa balik ke kolej buah durian, tapi....gila ke apa nak bawa balik durian naik bas. Tak pepasal semerbak bau durian dalam bas tuh. Nasihat aq pada yang nak makan durian tuh, korg jangan lupa bawa air kosong yer. Sampai2 rumah, buka tv trus dgr lagu Mr Os - Durian Dah Berbunga, mcm taw2 jer kan. Korg pernah dengar?

Mr Os - Durian Dah Berbunga (penuh dgn loghat Perak die)

Nih beberapa gmbr yang smpat gak aq snap. Jangan terliur pula eyk.hihi...

sususan tuh penting bg menarik minat cstmr, dh mcm Marketing..

amacam?

Berapa biji lah agak nya kene baham

Selain durian, ada gak buah lain macam manggis, rambutan, kelapa , dukong.
Ada sesiapa nak belanja aq durian lagi? hahaha...memang giler durian!!

Wednesday, July 20, 2011

Finally !!! (cont.)

Diselidik dan diselidik, rupa-rupanya filem Laskar Pelangi ada sambungannya iaitu filem Sang Pemimpi. Filem ini juga diadaptasi daripada tetralogi novel Laskar Pelangi kedua, Sang Pemimpi juga hasil nukilan Andrea Hirata. Secara ringkasnya lah, filem ini sambungan Ikal dan cousin dia, Arai serta member mereka, Jimbron mula menjejak diri dalam alam remaja. Orang kata, time remaja lah orang nk cari identiti. Betul ke? Betullah tu. Haa..bagi sesiapa la yang masih nak kenal-kenal diri tu, tengoklah Sang Pemimpi. Mereka punya dashyat menempuh dugaan remaja termasuklah mencari true love, cewah!

Dipendekkan lagi cerita, Ikal & Arai gigih kumpul duit sebab kecik2 dulu mereka pasang angan nak ke Paris dan kelilingi Eropah. Korg? Mampu? hihi...tp semiskin mana sekalipun, they proved it yang nothing impossible. Selepas nih, aq nak pasang angan pergi Jepun lah, tp...Mampu? hahaha.....

Antara yang berlakon sekali la dalam filem ini Lukman Sardi, Ahmad Syaifullah(die nih aq ada Fb die), Azwir Fitrianto, Vikri Septiawan dll (ala, mostly korg tak taw siapa pelakon2 nih) tp sebut nama nih mesti korg taw, Ariel Peterpan, salah seorang pelakon filem nih.

Poster Sang Pemimpi

huhu....panjang juga entry pasal filem nih. Tp ni lah dua filem yang aq duk tengok tak habis2. Lupa plak, Ahmad Syaifullah ada gak nyanyi dalam filem nih macam Fatwa Pujangga (ni lagu Arai nk ngurat Zakiah), Zakiah Nurmala dan Mengejar Mimpi. Korg boleh join group Arai dgn klik kt link nih. Rendy Ahmad -- Arai Sang Pemimpi .

Apa kata korg pula yang layan Fatwa Pujangga nih. (pitching larik sikit..hihi)

Ok lah, dah berjela pula kali nih. Stop kejap lah. Hav a nice day semua.....=)

Finally !!!

Aq rse blog aq nih dh mcm hape, berzaman x diupdate psal masalah ape ntah x boleh dibuka. dan akhir nya tanggal 20.07.2011, aq berjaya mencelok ke kiri dan ke kanan utk bukak balik blog nih...fuhhhhh..semputt!!!

Hajat nyer nak mula aktif blog 1st day of Part 4 aq kt UiTM Segamat nih, tp..aiyokk...biarkan dgn kisah sawang blog aq nih...

Btw, aq punyer criter menarik hndak dikongsi dgn teman2 seantero dunia. Semasa kuliah MGT160 (ker MGT162 ? mne satu ntah), lect tunjuk kn ktorg video crite 'Laskar Pelangi'. Malangnya x sempat habis ktorg tgk. Jadi aq balik, aq mtk tlg mmbe aq download kn crite nih kt internet. Finally, dpt gak aq tgk. Tp pehal plak aq beria sgt tgk cter nih? 

'Laskar Pelangi' nih mngisahkan anak2 miskin Melayu di Belitung (sebuah pulau kecil yg tltak bhampiran dgn pntai timur Sumatera, Indonesia, di Laut Jawa) Ikal, Mahar, Lintang, Kucai, A Kiong dan lain2 yg gigih untuk bersekolah di sekolah usang, SD Muhammadiyah. Filem nih diadaptasi drpd novel 'Laskar Pelangi' nukilan Andrea Hirata mnjadi antara filem yg meletop kt Indonesia. Even hanya 10 org shj yg belajr di sekolah tu, tmbh dgn pelbagai masalah, diorg tetap gigih mencari ilmu.  Paling menarik, pertama kali aq dengar lagu Seroja dinyanyikan oleh anak Belitung itu sendiri. Slalu aq dgr, Mawi, x pun Jamal Abdillah. 

Cer dgr..

 

kadang2 kelakar gak tgk gelagat anak2 Melayu Belitung nih..huhuuu

Filem nih didokong anak2 Belitung itu sendiri
Drpd filem nih, kte leh amek nilai moral die bahwa walau kte susah, walau kte sakit, tiada alasan untuk kte nk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan. Aq tringin sgt nk ke Belitung sbb Belitung merupakan antara pulau yg masih belum diteroka sepenuhnya khazanah. Pantai2 dia..huhu. Tmbah plak dgn bangsa Melayu sendiri di sana. Aq nih Sabah Sarawak pn x lepas lg, ini kan nk ke Indonesia, huhuuu....kannn...ble dah lme sgt x diluah kan....panjang jer entry...pe kate korg cari la crite n tonton dgn kawan2....=)