11 Ogos 2010, tarikh penting bg semua umat Islam seluruh dunia utk menunaikan rukun Islam yg ketiga iaitu menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dan ini kali pertama aku menunaikan ibadah puasa di UiTM Segamat ini bersama teman-teman yg tidak smp setahun aku kenali. Namun, aku agak mesti seronok sbb berpuasa di tempat yg baru tidak sama seperti berpuasa di tempat lain dari segi suasana persekitaran. Nak dikatakan tidak biasa berpuasa di asrama, aku ni dari Form 1 sudah pn tinggal di asrama. Apa2 lah, janji puasa ditunaikan. Tambah aku dapat berkenalan dengan seseorang yang aku kira agak baik dengan aku. Lagi lah bertambah meriah, agaknya la.
Kat sini kalau nak berbuka, boleh berbuka di mana-mana pun. Di bilik, di bawah kolej, di uptown, di mana2 shj lah, asal boleh berbuka. Untuk juadah berbuka pula, nasib baik bazar nya hanya terletak di depan kampus, tapak pasar mlm yang biasa dibuka setiap hari Selasa. jadi petang2, ramai la berbondong-bondong utk turun ke bazar. Nak kata panjang nye deret bazar nih, tak ader la panjang sgt. Pilihan pun x byk sgt. tapi kalau dah ramai berbuka bersama-sama, penuh gak dengan makanan.
Puasa puasa gak, jgn asyik nak mengcekik je..
Selepas berbuka puasa, tibalah antara aktiviti bagi memohon kesyukuran, keredhaan dan pelbagainya daripada Allah S.W.T. iaitu bertarawih. Kalau yang rajin ade yang buat smp 20 rakaat tp bagi yg biasa2 nih, 8 rakaat shj tdak termasuk sunat witir. Sebetulnya bulan ini lah untuk kita berserah diri kita kepada-Nya.
Berbalik psal bulan puasa ini, mmg x dinafikan, ada gak yang menggatal malas nak berpuasa. Kunci bilik lpas mkan senyap2. Bila keluar bilik, konon2 berpuasa. Bagi yang muslimah, kalau yang malas berpuasa tu, guna alasan datang bulan. Tak baik, nanti Allah murka...Jadi berpuasa la ye. Di kesempatan ini, nk ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Berpuasa hingga cukup sebulan. Insya-Allah..
0 comments:
Post a Comment