Wednesday, September 28, 2011

Jom Ke Kuala Lumpur

Last 24th Sept 2011, aq bersama 3 orang lagi kawan telah menyemangatkan diri pergi ke Kuala Lumpur untuk sesi Uji Bakat Vokal Bukan Sekadar Rupa. Member dah ajak, ikut jer lah even macam-macam MASALAH duk kejar aq.

Antara nya :
# Isnin pagi paper, bila masa aq nk study kalu Ahad malam baru smp kampus?
# Menteri Kewangan aq x berani nk bagi kebenaran lar.
# Kang letih-letih terus nak jawab paper


So after paper MAT263 yang sangat BEST tuh.

Ktorg terus gerak bandar Segamat untuk MAKAN, sebab dah kesian sangat kat perut masing-masing. KFC jugak ktorg baham. Then ktorg pun dengan BANGGA nye bergerak lah Menuju Puncak, eh silap, menuju ke  KL..aq ape lagi layan ZZZZZZzzzz je la sebab bukan aq yang drive. Maaf yer KEKAWAN..hihi

Tapi, before SAMPAI KL, ktorg Take a Break dulu kat Terminal One, Seremban. Jejalan sambil cuci mata. Oppssss.....
Si A nih duk sibuk nak jual hp sebab nak pakai BB. Suka bebeno pakai BB. Pas lebih kurang SEJAM melepak, ktorg pun cont la PERJALAN yang ntah bila nak sampai. Kekurangan pengalaman mula terserlah apabila si Driver nih boleh masuk highway nak ke Johor padahal ktorg nak ke KL. Masing-masing GELABAH..

To be continued...


Wednesday, September 14, 2011

Cerita si Pulut Dakap (Kemboja)

Pernah dgr makanan yang dibagi nama PULUT DAKAP?

Aq yakin ramai yang x pernah dengar kan? Pasal aq pun baru tahu. Ikutkan cerita, kat KAMPUNG aq, especially time raya akan ada sejenis makanan. Makanan nih selalunya diorg order ngan orang Kemboja kat kampung aq tuh. kampung aq special sebab ada orang Kemboja. Mula-mula pisang akan dibalut dengan pulut. Then dibalut dengan daun PALAS. Kemudian dikukus. Rasa dia manis-manis sikit lah.

Bila tanya saudara aq ke, ayah aq ke, diorang kata itu 
KUIH MAYAT.
Ada bentuk mayat x?
hahahaha...mula-mula aq dengar memang pelik gak. Alasan nya sebab kuih tu berbalut then diikat macam mayat kena KAFAN. Then bila belah, tengah2 dia warna merah.
One word :
DAHSYAT !!!!
hehe....

Sampailah aq tergerak untuk Google

Pasal aq x tahu nama sebenar makanan nih,
Mula-mula aq taip "Makanan Kemboja"
x jumpa
then taip "Kemboja"
pun x jumpa
Last-last aq taip "Pulut" *psal dalam dia ada pulut
jumpa yang seakan-akan

ikut kan Pulut Dakap buatan orang MELAYU nih berkapit dua dan dalam die xde kaler merah. Berbeza ngan Kuih Mayat nih single dan merah di dalam.
Ini pulak Pulut Dakap buatan Melayu



Bahagian dalam Pulut Dakap


Yang ini pulak bahagian dalam Pulut Dakap edisi Kemboja.
Macam mana boleh jadi merah pun aq x tahu.

Ada sesiapa yang berminat? Boleh la cari sendiri yer...

p/s~psal raya setahun sekali, so makanan nih aq jumpa setahun sekali jer la macam jumpa saudara-mara aq kat kampung, setahun setahun sekali. hihihi....

Wednesday, September 7, 2011

Raya Cara Aq...

Hari ini raya KEENAM. Dan hari ini barulah aq dapat update blog nih. Masih lagi raya kan?


Menceritakan semula selepas aq balik kampung (nasib baik lah kawan sudi tumpang aq balik rumah, kalau x, MENANGIS lah aq beraya sesorang kat hostel)

Aq pulang kampung tanggal 26 Ogos 2011, pagi-pagi aq dapat mesej.
"Weh, sekejap lagi kereta SAMPAI, dalam pkul 10pg. Aq tgu ko kat bilik"
(lebih kurang macam nih lah bunyik nyer)

Nak xnak, terpaksa lah aq merelakan diri aq ini untuk SKIP kelas pagi tuh. Pendek kan cerita, aq sampai rumah dalam pukul 2ptg sebab kereta gerak dalam pukul 11 lebih. Sesampai aq di rumah, terus cari mak aq kat dapur. Tgk rumah macam tongkang pecah (RENOVATE la dikatakan)

Sekali lagi aq terpaksa merelakan diri untuk tolong ayah aq cat rumah. Pagi bertemu pagi. Pagi bertemu pagi. Itulah kerja aq, mengecat rumah. So sesiapa nak upah aq mengecat, leh CONTACT aq di talian 013-291XXXX...sila tekan no 1 untuk Bahasa Melayu yer.

Dipendekkan cerita lagi, kitorg pergi berSHOPPING dekat uptown Kuantan. Kelakar nya, mak aq boleh hilang. Dahla BELIAU x bawak henset. 4 kali aq keluar masuk uptown yang tersangat amat ramai pengunjung. Biasalah, dah nak dekat raya nih, harga barang MURAH sikit. Cari punya cari (sambil mencuci mata), aq dapat mesej daripada abang aq.
"Balik ke kereta. Mak ada kat kereta"
SABOR JER LAA...

Pejam celik pejam celik, dah RAYA pun. Pagi raya, aq beraya di rumah dahulu.
Abang dah xde....sebab awal2 lagi die g beraya umah kawan die

So, pagi-pagi ktorg beraya dekat rumah saudara di Kuantan dulu. Kemudian baru beraya di Pekan. Untunglah untuk sesorang yang agak TUA ini dapat duit raya. Korang ada? hahaha

Pergi rumah ini, xde kuih feveret aq. Pergi rumah itu, pun xde. Last-last dah nak penghujung HARI, barulah aq jumpa. 
Kuih feveret aq, Kuih Batang Buruk
Seharian beraya memang sangat mecabar diri dan mencabar perut aq nih. Semua rumah aq makan. Sikit lagi nya dah boleh meletop badan aq nih. MASUK jer, KELUAR nya x...

Aq ada juga jumpa satu makanan dikatakan kuih orang-orang KEMBOJA. (dekat kampung aq nih rmai orang Kemboja taw)

Apa kuih itu, nantikan...

p/s~aq x berapa sihat, jadi post untuk ala kadar jer....=(

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri (raya keenam)

Selepas seminggu berada di RUMAH (sangat terseksa sebab xde internet), aq memerlukan cleaner yang berkuasa KUDA untuk membersihkan semula blog aq yang dah bersawang nih. Sepanjang seminggu itulah aq mengumpul macam-macam cerita untuk diluahkan. 


Ada cerita KELAKAR, cerita SEDIH, cerita ROMANTIK, cerita SERAM dan macam-macam jenis cerita lagi lah. Ada jugak info-info yang terbaru yang aq dapat untuk aq kongsikan. Tapi buat masa ini, tarak masa lagi nak diceritakan sebab baru jer sampai hostel. Bau asap bas yang melekat kat baju aq nih pun x hilang lagi.

Apa-apa pun, baru RAYA keenam, so dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Fizikal dan Mental kepada keluarga saya yang berada di KAMPUNG (padahal baru sampai dari kampung). Juga semua kawan-kawan kenal atau x kenal. Sampai berjumpa lagi.

p/s~penat, nak g mandi. naik bas macam duduk dalam ketuhar, berpeluh-peluh aq dibuat nyer. tapi nak buat macam mne, mujur jer sampai dengan selamat. malam sambung meeting dengan assignment lagi. saborrr jer laaa...

Monday, August 22, 2011

Aq MUDA lagi laaaa....

Member aq : Weyh Kerol, rambut ko ada UBAN la, banyak plak tuh.
Aq              : Eh, mana ada la (sambil tengok cermin)


Sekali check, mak aihhh....banyak seh. X pepasal dalam KELAS, duk terfikir jer. Apsal pulak lah rambut aq nih tumbuh banyak uban. Umur aq baru sweet 21....hihi. MUDA lagi tuh....



Member aq : Ko nih banyak sangat fikir masalah kot...(yer ker aq nih jadi PEMIKIR?)

Selepas berbuka, tanpa melengahkan masa, 
bukak lappy, 
bukak Google Chrome,
bukak Google,
then aq taip "Uban di Usia Remaja"
maka dengan segala hormatnya aq pun baca lahh...

Atara faktor-faktor yang sempat aq baca:

1. Faktor genetik. (rasanya aq jer yang cmnih)
2. Kurangnya vitamin seperti B3. (aq xtaw la plak)
3. Stress yang berpanjangan. (stress stress gak, tp berpendekan jer..hihi)
4. Penggunaan gel rambut. (yang nih aq jarang pakai)

5. Sering dye rambut. (kalau dah dye, mana nak nampak uban kn)
6. Kuat berfikir. (betul ke nih?)
7. Syampu terlalu kerap. (aq nak jumpa syampu pun susah) 

Aq terasa nak cabut jer uban tuh, tapi bila dibaca hadis bawah nih, memang xyah la :

Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa'i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis Hasan.

 dan

Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya : Maksudnya: Bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.
 (Hadis riwayat Abu Daud)

Tapi, ada beberapa cara untuk settle kan problem ini macam pengambilan makanan seimbang, berjoging, kurangkan dye rambut dan ada satu petua nih, ambil LIDAH BUAYA (jangan korg pergi cari buaya, pastu berani mati korg kerat lidah buaya tuh, x pepasal jer). Lidah buaya tuh dikisar dengan sedikir air and then sapukan kat kepala. Cuma satu lah, dia punya gatal tuh, nauzubillah...hanya Tuhan yang tahu.

Kalau masih x berhasil (apa jenis rambut ntah korg nih), korg INAIkan jer rambut korg sebab inai dihalalkan dalam Islam. At least ada la jugak feeling nak rambut kaler lain kan.

p/s~korg jangan sesekali kata aq, aq dah TUA ok. Aq muda bertenaga lagi ok. (semputtttt..haaaaa)


Friday, August 19, 2011

Tulun Tulun....Golap nyer dunia ku

Tanggal 19 Ogos 2011, menjadi detik kenangan berpuasa di UiTM Segamat. Tapi kenapa?

Tengah lepak-lepak tunggu waktu berbuka (dah x mampu nak gerak sebab LETIH), tetiba nye BLACKOUT. Ingatkan blackout kat kolej jer, rupa-rupanya satu kampus xde current. Time tuh, lagi beberapa minit jer nak berbuka.

Nak xnak, kena jugak lah berbuka dalam gelap. Sorang-sorang buka LAPTOP (konon nak bagi cerah sikit la). Dengan bunyi guruh nyer. Memang meriah lah!

Then, tuan bilik keluar kan banyak lilin. Candle light break-fasting. MAMPU? hahaha....NON-MAMPU.

Selepas berbuka (pasal azan xde, ktorg bantai jer. janji YAKIN, kan?)

Naik bilik, baru lepak-lepak urut perut, budak-budak laki menjerit-jerit. 

"P****** TS"
"P****** SR"

(siap ada effect bunyi, guna mercun bagai)

Tapi, semakin lama, semakin sakit hati jugak dengan budak-budak nih. Terpekik terlolong macam dah hilang akal. Konon nak tunjuk handal, lawan kolej paling BEST. Mak bapak korg x pernah ajar ke? Aq nih dah macam pergi ZOO jer.

Lama-lama baru lah senyap sikit. Itu pun masih ada suara-suara sumbang. Dah BOSAN lah tu. Tapi kejadian sebegini sebenarnya menjadi satu kenangan buat aq, buat kawan-kawan dan buat semua budak-budak di UiTM Segamat nih. Yerla, dekat tempat lain mana ada.

p/s~SR tuh, Kolej Sempana Riau dan TS pulak, Kolej Taming Sari. Memang antara dua kolej lelaki nih, kadang-kadang gaduh sikit. Biasalah, dah nama lelaki, memang ego sikit la kn..

Thursday, August 18, 2011

Cau laa......Jangan kacau HIDUP aq...haishhh

"Apsal aq tengok kau nih dah macam BERISI jer?"

Huhuuu...mesti korg macam stress jer bila ada orang lain cakap macam tuh kat korg, kn? Sikit jer lagi nak bagi TAMPARAN MAUT.

Habis tuh, nak jawab apa?

1. Eh, hati aq senang, badan aq pun senang lah...huhu
@
2. STRESS lah! Makan nih dah macam ubat aq taw. 
@
3. Weh, kat gerai makan tuh, wa cakap lu, SEDAP gila vavi r beb. Hari2 gua melantak kat gerai tuh
@
 4. Hehe...(tersipu malu) baru 2 bulan lah. (Ditegaskan bahawa ini hanya untuk kaum-kaum bakal IBU yer)
@
5. Eh, ikut suka hati aq lah. Badan aq, bukan badan kau. *%$@^#!*^&$ (JANGAN IKUT AKSI INI)


Duk lepak-lepak dengan kawan, tetiba diorg boleh cakap pasal minuman untuk kuruskan badan.

"Weh, kau pakai jenama apa? Aq nasihatkan kau jangan lah guna jenama ****. Pekata korg guna ****. Rasa dia best. Korg tengok sendiri lah hasilnya. SLIM kan...  -.-"

 Aq yang duk sebelah nih, TERASA jer. Dahla sejak dua menjak nih, badan macam pam angin jer. 
Perut aq yang dulu x berapa nak 6 pack, sekarang dh macam 1 Happy Pack.
(at least maju setapak ke hadapan)

Yang aq pelik kan nih, bulan puasa pun boleh bertambah berat. Berbuka bukan nya makan macam x HENGAT dunia. Ciput jer aq makan. Mistik sungguh aq nih. 

Kalau makan dah macam hape, macam nih lah akibat nya

So, selepas nih, kena pasang target untuk kurangkan berat badan. Anyone willing to help me? Aq sure, hadiah dia BEST sangat. Best gila lah aq cakap. Maybe dengan mengjoinkan diri dalam CHEERLEADER, harap-harap body aq boleh MELETOP. Tapi petang bagai nak rak exercise, malam melantak konon nak dapat energy lebih x guna juga. X nak seribu dalih, nak kata boleh. Untung-untung jer body aq leh jadi macam nih

Mampu jadi macam nih?
(yang perempuan tuh, sila tutup mata ya..hihi)

p/s~apa seyh aq mengarut, sumpah idea dah kering sangat x mahu keluar. X kan nak kne mengcangkung kat dalam toilet baru keluar idea? aiyokkk....