Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri (raya keenam)

Selepas seminggu berada di RUMAH (sangat terseksa sebab xde internet), aq memerlukan cleaner yang berkuasa KUDA untuk membersihkan semula blog aq yang dah bersawang nih. Sepanjang seminggu itulah aq mengumpul macam-macam cerita untuk diluahkan. 


Ada cerita KELAKAR, cerita SEDIH, cerita ROMANTIK, cerita SERAM dan macam-macam jenis cerita lagi lah. Ada jugak info-info yang terbaru yang aq dapat untuk aq kongsikan. Tapi buat masa ini, tarak masa lagi nak diceritakan sebab baru jer sampai hostel. Bau asap bas yang melekat kat baju aq nih pun x hilang lagi.

Apa-apa pun, baru RAYA keenam, so dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Fizikal dan Mental kepada keluarga saya yang berada di KAMPUNG (padahal baru sampai dari kampung). Juga semua kawan-kawan kenal atau x kenal. Sampai berjumpa lagi.

p/s~penat, nak g mandi. naik bas macam duduk dalam ketuhar, berpeluh-peluh aq dibuat nyer. tapi nak buat macam mne, mujur jer sampai dengan selamat. malam sambung meeting dengan assignment lagi. saborrr jer laaa...

0 comments:

Post a Comment