Wednesday, September 28, 2011

Jom Ke Kuala Lumpur

Last 24th Sept 2011, aq bersama 3 orang lagi kawan telah menyemangatkan diri pergi ke Kuala Lumpur untuk sesi Uji Bakat Vokal Bukan Sekadar Rupa. Member dah ajak, ikut jer lah even macam-macam MASALAH duk kejar aq.

Antara nya :
# Isnin pagi paper, bila masa aq nk study kalu Ahad malam baru smp kampus?
# Menteri Kewangan aq x berani nk bagi kebenaran lar.
# Kang letih-letih terus nak jawab paper


So after paper MAT263 yang sangat BEST tuh.

Ktorg terus gerak bandar Segamat untuk MAKAN, sebab dah kesian sangat kat perut masing-masing. KFC jugak ktorg baham. Then ktorg pun dengan BANGGA nye bergerak lah Menuju Puncak, eh silap, menuju ke  KL..aq ape lagi layan ZZZZZZzzzz je la sebab bukan aq yang drive. Maaf yer KEKAWAN..hihi

Tapi, before SAMPAI KL, ktorg Take a Break dulu kat Terminal One, Seremban. Jejalan sambil cuci mata. Oppssss.....
Si A nih duk sibuk nak jual hp sebab nak pakai BB. Suka bebeno pakai BB. Pas lebih kurang SEJAM melepak, ktorg pun cont la PERJALAN yang ntah bila nak sampai. Kekurangan pengalaman mula terserlah apabila si Driver nih boleh masuk highway nak ke Johor padahal ktorg nak ke KL. Masing-masing GELABAH..

To be continued...


Wednesday, September 14, 2011

Cerita si Pulut Dakap (Kemboja)

Pernah dgr makanan yang dibagi nama PULUT DAKAP?

Aq yakin ramai yang x pernah dengar kan? Pasal aq pun baru tahu. Ikutkan cerita, kat KAMPUNG aq, especially time raya akan ada sejenis makanan. Makanan nih selalunya diorg order ngan orang Kemboja kat kampung aq tuh. kampung aq special sebab ada orang Kemboja. Mula-mula pisang akan dibalut dengan pulut. Then dibalut dengan daun PALAS. Kemudian dikukus. Rasa dia manis-manis sikit lah.

Bila tanya saudara aq ke, ayah aq ke, diorang kata itu 
KUIH MAYAT.
Ada bentuk mayat x?
hahahaha...mula-mula aq dengar memang pelik gak. Alasan nya sebab kuih tu berbalut then diikat macam mayat kena KAFAN. Then bila belah, tengah2 dia warna merah.
One word :
DAHSYAT !!!!
hehe....

Sampailah aq tergerak untuk Google

Pasal aq x tahu nama sebenar makanan nih,
Mula-mula aq taip "Makanan Kemboja"
x jumpa
then taip "Kemboja"
pun x jumpa
Last-last aq taip "Pulut" *psal dalam dia ada pulut
jumpa yang seakan-akan

ikut kan Pulut Dakap buatan orang MELAYU nih berkapit dua dan dalam die xde kaler merah. Berbeza ngan Kuih Mayat nih single dan merah di dalam.
Ini pulak Pulut Dakap buatan Melayu



Bahagian dalam Pulut Dakap


Yang ini pulak bahagian dalam Pulut Dakap edisi Kemboja.
Macam mana boleh jadi merah pun aq x tahu.

Ada sesiapa yang berminat? Boleh la cari sendiri yer...

p/s~psal raya setahun sekali, so makanan nih aq jumpa setahun sekali jer la macam jumpa saudara-mara aq kat kampung, setahun setahun sekali. hihihi....

Wednesday, September 7, 2011

Raya Cara Aq...

Hari ini raya KEENAM. Dan hari ini barulah aq dapat update blog nih. Masih lagi raya kan?


Menceritakan semula selepas aq balik kampung (nasib baik lah kawan sudi tumpang aq balik rumah, kalau x, MENANGIS lah aq beraya sesorang kat hostel)

Aq pulang kampung tanggal 26 Ogos 2011, pagi-pagi aq dapat mesej.
"Weh, sekejap lagi kereta SAMPAI, dalam pkul 10pg. Aq tgu ko kat bilik"
(lebih kurang macam nih lah bunyik nyer)

Nak xnak, terpaksa lah aq merelakan diri aq ini untuk SKIP kelas pagi tuh. Pendek kan cerita, aq sampai rumah dalam pukul 2ptg sebab kereta gerak dalam pukul 11 lebih. Sesampai aq di rumah, terus cari mak aq kat dapur. Tgk rumah macam tongkang pecah (RENOVATE la dikatakan)

Sekali lagi aq terpaksa merelakan diri untuk tolong ayah aq cat rumah. Pagi bertemu pagi. Pagi bertemu pagi. Itulah kerja aq, mengecat rumah. So sesiapa nak upah aq mengecat, leh CONTACT aq di talian 013-291XXXX...sila tekan no 1 untuk Bahasa Melayu yer.

Dipendekkan cerita lagi, kitorg pergi berSHOPPING dekat uptown Kuantan. Kelakar nya, mak aq boleh hilang. Dahla BELIAU x bawak henset. 4 kali aq keluar masuk uptown yang tersangat amat ramai pengunjung. Biasalah, dah nak dekat raya nih, harga barang MURAH sikit. Cari punya cari (sambil mencuci mata), aq dapat mesej daripada abang aq.
"Balik ke kereta. Mak ada kat kereta"
SABOR JER LAA...

Pejam celik pejam celik, dah RAYA pun. Pagi raya, aq beraya di rumah dahulu.
Abang dah xde....sebab awal2 lagi die g beraya umah kawan die

So, pagi-pagi ktorg beraya dekat rumah saudara di Kuantan dulu. Kemudian baru beraya di Pekan. Untunglah untuk sesorang yang agak TUA ini dapat duit raya. Korang ada? hahaha

Pergi rumah ini, xde kuih feveret aq. Pergi rumah itu, pun xde. Last-last dah nak penghujung HARI, barulah aq jumpa. 
Kuih feveret aq, Kuih Batang Buruk
Seharian beraya memang sangat mecabar diri dan mencabar perut aq nih. Semua rumah aq makan. Sikit lagi nya dah boleh meletop badan aq nih. MASUK jer, KELUAR nya x...

Aq ada juga jumpa satu makanan dikatakan kuih orang-orang KEMBOJA. (dekat kampung aq nih rmai orang Kemboja taw)

Apa kuih itu, nantikan...

p/s~aq x berapa sihat, jadi post untuk ala kadar jer....=(

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri (raya keenam)

Selepas seminggu berada di RUMAH (sangat terseksa sebab xde internet), aq memerlukan cleaner yang berkuasa KUDA untuk membersihkan semula blog aq yang dah bersawang nih. Sepanjang seminggu itulah aq mengumpul macam-macam cerita untuk diluahkan. 


Ada cerita KELAKAR, cerita SEDIH, cerita ROMANTIK, cerita SERAM dan macam-macam jenis cerita lagi lah. Ada jugak info-info yang terbaru yang aq dapat untuk aq kongsikan. Tapi buat masa ini, tarak masa lagi nak diceritakan sebab baru jer sampai hostel. Bau asap bas yang melekat kat baju aq nih pun x hilang lagi.

Apa-apa pun, baru RAYA keenam, so dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Fizikal dan Mental kepada keluarga saya yang berada di KAMPUNG (padahal baru sampai dari kampung). Juga semua kawan-kawan kenal atau x kenal. Sampai berjumpa lagi.

p/s~penat, nak g mandi. naik bas macam duduk dalam ketuhar, berpeluh-peluh aq dibuat nyer. tapi nak buat macam mne, mujur jer sampai dengan selamat. malam sambung meeting dengan assignment lagi. saborrr jer laaa...