Sunday, July 18, 2010

Raja Segala Buah

Sudah tiba masanya untuk melantak buah kegemaran aku, buah durian.
Tengok di kiri dan kanan jalan, ada saja yang menjaja buah durian ni...
Terliur gak aku tengok, mana tidak nya, hampir dua tahun tekak ni tak merasa isi durian
yang kuning tuh...huhuhu
Tambah pula time musim durian ni. Harga murah. Makan ramai-ramai memang seronok.

Teringat pula aku masa bersekolah dekat MRSM Mersing dulu.
Apabila tibanya musim durian, kitorang tak akan lepaskan peluang.
Pesta durian la gamaknya. Setiap group yang dikenali Homeroom akan berkumpul bersama
guru penasihat masing-masing. Setiap group akan dapat sebakul durian tambah rambutan.
Melantak la kitorang sambil kenyang, se'eh perot bak kata orang Pahang.

Semalam aku keluar bersama keluarga aku pergi makan durian. Hendak membalas dendam terpendam selama hampir dua tahun dikatakan. Hehe...
Sampai-sampai, aku tengok macam-macam jenis durian, siam tak siam, kunyit x kunyit. Pendek kate semua jenis durian adalah dekat situ. Siap dengan meja makan kalau2 hendak makan di situ. Aku perasan sekeluarga Cina syok sangat melantak durian kat situ. Aku pun apa lagi, pilih durian dan makan. Terkejut juga aku tengok isi durian tu besar. Memang puas hati dengan harga.

Jadi, sesiapa yang teringin makan durian kat Kuantan, pakat ramai-ramai moh ke Jalan Beserah, Kuantan. Di situ banyak juga gerai durian yang dibuka.


Ini salah satu buah durian yang aku
makan bersama keluarga aku



Mali mali. Dulian banyak mulah...Mali mali

Sunday, July 11, 2010

Hari Dipenuhi Onak...

Seminggu sudah aku berada di pusat ilmu ini..
Bermakna seminggu sudah aku meninggal kampung halamanku,
Bererti seminggu sudah aku menimba ilmu,
Dan seminggu jugalah aku bersama teman-teman di sini...

Dua bulan berada di sisi keluarga terasa singkat pula
Mengisi ruang-ruang kosong perut
Dengan keenakan makanan ibu
Tidak setanding makanan di sini

Tapi sekarang,
Aku sedar...
Sedar bahwa perjuangan belum usai
Mengisi penuh hari-hari kosong
Pelbagai aktiviti dan kerjaan
Tambah, latihan-latihan kelas
Perlu dilaksanakan

Semester ini
Aku mahu kekalkan prestasi aku
Kekal dengan kejayaan aku
Supaya mak dan abah bangga dengan aku
Kata orang, tidak terlambat untuk menuntut ilmu
Maka tidak pula terlambat untuk cemerlang

Aku berharap
Mak dan Abah memberi aku restu
Pensyarah memberi aku bimbingan
dan Teman memberi aku sokongan
Juga Tuhan memberi aku kejayaan
Agar aku dapat mencapai apa yang aku inginkan

Insya-Allah....

Tuesday, July 6, 2010

Bermula Juang

Detik jam 8.00pg, 5 Julai 2010, bermulalah semula ceritera aku sebagai seorang pelajar.
             Mengharap ilmu mencurah ke dada tanpa sebarang halangan.
             Ilmu halal dari pendidik yang berwawasan
             Bersama teman berjuang menggenggam kejayaan.
             Mengejar cita dan harapan...


Setakat hari ini, aq mendapat pensyarah yang boleh aq katakan mampu membawa kejayaan buat aq. Tp dah semestinya aq gak perlu bekerja keras bg meningkatkan CGPA aq. Alhamdulillah aq ucapkan sbb tidak pernah aq mendapat result sebegini sebelum ini. Rezeki Allah,bersyukur lah... Dengan semangat baru yg ada, aq harap boleh mengecap kejayaan yg lebih cemerlang. Namun, kata orang, hidup ni mcm roda basikal adik aq kt umah. Kadang kita di atas dan kadang pula kita di bawah.

Punyai teman yang sekepala sedikit sebyk boleh hilangkan tension. Hang out sme2. Ada seorang pernah kate pada aq, "Senang untuk mencari kawan, tetapi susah untuk mencari teman". Kawan ada time kita susah, tp teman kan sentiasa di sisi kita, susah senang. Tambah pula teman yang sentiasa support kita dari blakang. Namun, begitu sukar untuk kita temukan.

Sebagai hamba Tuhan yang lemah tadahlah tangan, pohon doa dari-Nya. Semoga Allah sentiasa membantu kita. Insya-Allah...

Monday, July 5, 2010

1st time ever..

Nilah first time aq ade blog sdiri... dlu nk dibuat mlas..
Skrg dh rajin sket (arap2nye)...

Sape2 yg dh lme tu kasi la tjk ajar,
Bak kate Mentor, "Tunjuk Ajar Ku Sifu"
Yerla kalu xde org ajar, xder la smp "Menuju Puncak"

Bagi mmber2 bru, Slamat Berkenalan buat semua..
Keep in touch..!!