Sunday, July 11, 2010

Hari Dipenuhi Onak...

Seminggu sudah aku berada di pusat ilmu ini..
Bermakna seminggu sudah aku meninggal kampung halamanku,
Bererti seminggu sudah aku menimba ilmu,
Dan seminggu jugalah aku bersama teman-teman di sini...

Dua bulan berada di sisi keluarga terasa singkat pula
Mengisi ruang-ruang kosong perut
Dengan keenakan makanan ibu
Tidak setanding makanan di sini

Tapi sekarang,
Aku sedar...
Sedar bahwa perjuangan belum usai
Mengisi penuh hari-hari kosong
Pelbagai aktiviti dan kerjaan
Tambah, latihan-latihan kelas
Perlu dilaksanakan

Semester ini
Aku mahu kekalkan prestasi aku
Kekal dengan kejayaan aku
Supaya mak dan abah bangga dengan aku
Kata orang, tidak terlambat untuk menuntut ilmu
Maka tidak pula terlambat untuk cemerlang

Aku berharap
Mak dan Abah memberi aku restu
Pensyarah memberi aku bimbingan
dan Teman memberi aku sokongan
Juga Tuhan memberi aku kejayaan
Agar aku dapat mencapai apa yang aku inginkan

Insya-Allah....

0 comments:

Post a Comment