Sunday, July 18, 2010

Raja Segala Buah

Sudah tiba masanya untuk melantak buah kegemaran aku, buah durian.
Tengok di kiri dan kanan jalan, ada saja yang menjaja buah durian ni...
Terliur gak aku tengok, mana tidak nya, hampir dua tahun tekak ni tak merasa isi durian
yang kuning tuh...huhuhu
Tambah pula time musim durian ni. Harga murah. Makan ramai-ramai memang seronok.

Teringat pula aku masa bersekolah dekat MRSM Mersing dulu.
Apabila tibanya musim durian, kitorang tak akan lepaskan peluang.
Pesta durian la gamaknya. Setiap group yang dikenali Homeroom akan berkumpul bersama
guru penasihat masing-masing. Setiap group akan dapat sebakul durian tambah rambutan.
Melantak la kitorang sambil kenyang, se'eh perot bak kata orang Pahang.

Semalam aku keluar bersama keluarga aku pergi makan durian. Hendak membalas dendam terpendam selama hampir dua tahun dikatakan. Hehe...
Sampai-sampai, aku tengok macam-macam jenis durian, siam tak siam, kunyit x kunyit. Pendek kate semua jenis durian adalah dekat situ. Siap dengan meja makan kalau2 hendak makan di situ. Aku perasan sekeluarga Cina syok sangat melantak durian kat situ. Aku pun apa lagi, pilih durian dan makan. Terkejut juga aku tengok isi durian tu besar. Memang puas hati dengan harga.

Jadi, sesiapa yang teringin makan durian kat Kuantan, pakat ramai-ramai moh ke Jalan Beserah, Kuantan. Di situ banyak juga gerai durian yang dibuka.


Ini salah satu buah durian yang aku
makan bersama keluarga aku



Mali mali. Dulian banyak mulah...Mali mali

1 comments:

Siak said...

Nak!!! bukan nak makan..
nak bergambar bersamanya..
..
anyway..
musim duren musim tu gak musim batuk n demam..
musim duren segamat 1 tahun sekali sebenarnya..
skunk xtaw yang maner duren segamat or duren luar..
duren segamat kat kg aku..
hmm sedap..
kat kuala paya..
nak g segan..
xrapat sgt..
one day..
wait taw..

Post a Comment