Saturday, October 9, 2010

Kenangan Tanpa Lupa

huhu....nmpk nyer, dihitung dan dihitung, dh mcm sarang labah2 sudah 2 bulan blog aq nih, tdak di update...akibat kemalasan yg mlampau....
Akibat desakan dan permintaan, aq mengupdatekn gak la blog nih...

Kenangan Tanpa Lupa, ape yg ade dengan kenangan tuh? Kerana kenangan inilah yg sbnr nyer yg mngajar erti kehidupan. Bila bercakap psal kenangan, baru2 ini, aq punya kenangan yang bagi aq susah untuk dilupakan. Ditambah pula dengan tarikh yang begitu lawa pada hemat aq la kan...

Bertarikhkan 01.10.10, trdapat dua event yang telah berlaku yang amat mngajar aq untuk bersedia pada masa hadapan. Pelbagai perkara yang aq dapat melalui tarikh tersebut. Sebenarnya, berlaku lah dua event yang senang dipanggil Sambutan Pengarah Baru dan UiTM Johor Pra-Graduan Night. Satu sebelah pagi dan satu lagi sebelah petang. Nak dijadikan cerita, Performing Art Club (PAC) dijemput untuk mmbuat persembahan bagi kedua-dua event tersebut. Maka aq yang bertindak sebagai pembantu Unit Tarian terpakse mencari dan mengajar step tarian bagi kedua-dua event itu.
Hampir setiap malam, aq terpakse brkorban tidur untuk reka step (aq nih bukan koreografer pun). Sampai time praktis pun kelam-kabut. Sudah la yang menari banyak yang tiada pengalaman..

Tiba 01.10.10,
Untuk event pertama, aq rasa cam terkilan sangat sebab semuanya jadi kelam-kabut, haru-biru. Time perempuan x habis mekap lagi, kami dah dipanggil untuk perform. Sudah nyer, ada yang mekap ada yang x mekap. Rambut xyah ckap la, serabai habis. Kemudian bila masa menari ada pula yang x msuk menari sekali, habis semua nya. Malu pun ade. Nasib baik yang tengok cuma para pensyarah sajer.Rasa nekad sangat nak buat yang terbaik untuk malam nyer.

Penari-penari Zapin PGN 2010 UiTM Johor
Untuk event kedua, semasa perjalanan ke Melaka, barulah aq dapat ilham untuk step zapin. Sesampai nya di Hotel Equatorial, Melaka, kami terus berlatih. Rasa nak menangis gak aq nak terangkan pada mereka sebab ade yang x dapat tangkap. Mana x nyer, orang nak rehearsal, kami baru nak blajar pola. Nasib lagu nyer aq potong pendek, kalu x, alamatnyer bertaburan la.Tapi aq rasa sangat bersyukur, even x sempurna tapi kami dapat perform dengan baik. Tidak macam pagi tu. Rasa puas. Selepas persembahan, kami dapat pula makan makanan yang sedap-sedap. Meja pula di depan sekali. Memang sangat seronok. Sampai naik penuh aq makan makanan daripada Chinese Set tuh...itulah kisah nyer...


Rasa riang selepas persembahan

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

11 Ogos 2010, tarikh penting bg semua umat Islam seluruh dunia utk menunaikan rukun Islam yg ketiga iaitu menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dan ini kali pertama aku menunaikan ibadah puasa di UiTM Segamat ini bersama teman-teman yg tidak smp setahun aku kenali. Namun, aku agak mesti seronok sbb berpuasa di tempat yg baru tidak sama seperti berpuasa di tempat lain dari segi suasana persekitaran. Nak dikatakan tidak biasa berpuasa di asrama, aku ni dari Form 1 sudah pn tinggal di asrama. Apa2 lah, janji puasa ditunaikan. Tambah aku dapat berkenalan dengan seseorang yang aku kira agak baik dengan aku. Lagi lah bertambah meriah, agaknya la.

Kat sini kalau nak berbuka, boleh berbuka di mana-mana pun. Di bilik, di bawah kolej, di uptown, di mana2 shj lah, asal boleh berbuka. Untuk juadah berbuka pula, nasib baik bazar nya hanya terletak di depan kampus, tapak pasar mlm yang biasa dibuka setiap hari Selasa. jadi petang2, ramai la berbondong-bondong utk turun ke bazar. Nak kata panjang nye deret bazar nih, tak ader la panjang sgt. Pilihan pun x byk sgt. tapi kalau dah ramai berbuka bersama-sama, penuh gak dengan makanan.
                                Puasa puasa gak, jgn asyik nak mengcekik je..

Selepas berbuka puasa, tibalah antara aktiviti bagi memohon kesyukuran, keredhaan dan pelbagainya daripada Allah S.W.T. iaitu bertarawih. Kalau yang rajin ade yang buat smp 20 rakaat tp bagi yg biasa2 nih, 8 rakaat shj tdak termasuk sunat witir. Sebetulnya bulan ini lah untuk kita berserah diri kita kepada-Nya.

Berbalik psal bulan puasa ini, mmg x dinafikan, ada gak yang menggatal malas nak berpuasa. Kunci bilik lpas mkan senyap2. Bila keluar bilik, konon2 berpuasa. Bagi yang muslimah, kalau yang malas berpuasa tu, guna alasan datang bulan. Tak baik, nanti Allah murka...Jadi berpuasa la ye. Di kesempatan ini, nk ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Berpuasa hingga cukup sebulan. Insya-Allah..

Sunday, August 1, 2010

Semakin Mem'busy'kan Diri

Uish, lama sudah aku x update blog nih..
Takde idea..tmbh lak mcm2 aktiviti kne g...
Stakat on9 facebook je..

Sekarang aku dh smakin giat dalam aktiviti seni (cewah ayat)
hehehe...
2hb Ogos 2010 : Ade roadshow PAC+Irama, kne mnari Kuda Kepang, Tak pernah2 aku nari kuda kepang. Mmg pening n penat sbb aktif sgt tarian nih...huhuhu. Nme kuda aku, Kutek yg bermaksud Kudaku Yg Chantek..hehehe
              Siak+Kujin dan Aku+Kutek

3hb Ogos 2010 : Ada program sempena merdeka n bulan puasa diadakan. Setiap kolej kne wat persembahan. Then kitorg yg part 2 ni juga la kne wat persembahan sedangkan part 1 yg rmai tu xyah buat, rse cam x adil pun ade sbb sem lepas asyik kitorg nye kne buat. So, nak xnak kne la gak buat. Aku lak dipilih utk urus prop ngan tarian. Adoy... nseb aku baik sbb gne lgu pendek je Jadi skjap je la tarian nye. Kalau tak, pengsan aku.. dahla kne g training utk kuda kepang, blik2 trus g training utk kolej lak...

jadi, begitu la crite ku ini...asyik duk busy je memanjang.. bila nk betul2 rest pun tak tau la...
dengan stadi lg... ritu dahla cermin mata hilang, ntah tangan mne yg gatal sgt nk ambil. Kne la beli yg bru. Nseb bek kebetulan de jualan spek kt speaker corner, murah sket...huhuhu
Hish, nek kering la poket aku ni...Anybody want to help me, please...

Ape2 pun, aku kne focus more pada stadi. Kalau tak, ketinggalan la aku, x dpt DL aku sem dpan..
Chayok Chayok!!!
                         
                      

Sunday, July 18, 2010

Raja Segala Buah

Sudah tiba masanya untuk melantak buah kegemaran aku, buah durian.
Tengok di kiri dan kanan jalan, ada saja yang menjaja buah durian ni...
Terliur gak aku tengok, mana tidak nya, hampir dua tahun tekak ni tak merasa isi durian
yang kuning tuh...huhuhu
Tambah pula time musim durian ni. Harga murah. Makan ramai-ramai memang seronok.

Teringat pula aku masa bersekolah dekat MRSM Mersing dulu.
Apabila tibanya musim durian, kitorang tak akan lepaskan peluang.
Pesta durian la gamaknya. Setiap group yang dikenali Homeroom akan berkumpul bersama
guru penasihat masing-masing. Setiap group akan dapat sebakul durian tambah rambutan.
Melantak la kitorang sambil kenyang, se'eh perot bak kata orang Pahang.

Semalam aku keluar bersama keluarga aku pergi makan durian. Hendak membalas dendam terpendam selama hampir dua tahun dikatakan. Hehe...
Sampai-sampai, aku tengok macam-macam jenis durian, siam tak siam, kunyit x kunyit. Pendek kate semua jenis durian adalah dekat situ. Siap dengan meja makan kalau2 hendak makan di situ. Aku perasan sekeluarga Cina syok sangat melantak durian kat situ. Aku pun apa lagi, pilih durian dan makan. Terkejut juga aku tengok isi durian tu besar. Memang puas hati dengan harga.

Jadi, sesiapa yang teringin makan durian kat Kuantan, pakat ramai-ramai moh ke Jalan Beserah, Kuantan. Di situ banyak juga gerai durian yang dibuka.


Ini salah satu buah durian yang aku
makan bersama keluarga aku



Mali mali. Dulian banyak mulah...Mali mali

Sunday, July 11, 2010

Hari Dipenuhi Onak...

Seminggu sudah aku berada di pusat ilmu ini..
Bermakna seminggu sudah aku meninggal kampung halamanku,
Bererti seminggu sudah aku menimba ilmu,
Dan seminggu jugalah aku bersama teman-teman di sini...

Dua bulan berada di sisi keluarga terasa singkat pula
Mengisi ruang-ruang kosong perut
Dengan keenakan makanan ibu
Tidak setanding makanan di sini

Tapi sekarang,
Aku sedar...
Sedar bahwa perjuangan belum usai
Mengisi penuh hari-hari kosong
Pelbagai aktiviti dan kerjaan
Tambah, latihan-latihan kelas
Perlu dilaksanakan

Semester ini
Aku mahu kekalkan prestasi aku
Kekal dengan kejayaan aku
Supaya mak dan abah bangga dengan aku
Kata orang, tidak terlambat untuk menuntut ilmu
Maka tidak pula terlambat untuk cemerlang

Aku berharap
Mak dan Abah memberi aku restu
Pensyarah memberi aku bimbingan
dan Teman memberi aku sokongan
Juga Tuhan memberi aku kejayaan
Agar aku dapat mencapai apa yang aku inginkan

Insya-Allah....

Tuesday, July 6, 2010

Bermula Juang

Detik jam 8.00pg, 5 Julai 2010, bermulalah semula ceritera aku sebagai seorang pelajar.
             Mengharap ilmu mencurah ke dada tanpa sebarang halangan.
             Ilmu halal dari pendidik yang berwawasan
             Bersama teman berjuang menggenggam kejayaan.
             Mengejar cita dan harapan...


Setakat hari ini, aq mendapat pensyarah yang boleh aq katakan mampu membawa kejayaan buat aq. Tp dah semestinya aq gak perlu bekerja keras bg meningkatkan CGPA aq. Alhamdulillah aq ucapkan sbb tidak pernah aq mendapat result sebegini sebelum ini. Rezeki Allah,bersyukur lah... Dengan semangat baru yg ada, aq harap boleh mengecap kejayaan yg lebih cemerlang. Namun, kata orang, hidup ni mcm roda basikal adik aq kt umah. Kadang kita di atas dan kadang pula kita di bawah.

Punyai teman yang sekepala sedikit sebyk boleh hilangkan tension. Hang out sme2. Ada seorang pernah kate pada aq, "Senang untuk mencari kawan, tetapi susah untuk mencari teman". Kawan ada time kita susah, tp teman kan sentiasa di sisi kita, susah senang. Tambah pula teman yang sentiasa support kita dari blakang. Namun, begitu sukar untuk kita temukan.

Sebagai hamba Tuhan yang lemah tadahlah tangan, pohon doa dari-Nya. Semoga Allah sentiasa membantu kita. Insya-Allah...

Monday, July 5, 2010

1st time ever..

Nilah first time aq ade blog sdiri... dlu nk dibuat mlas..
Skrg dh rajin sket (arap2nye)...

Sape2 yg dh lme tu kasi la tjk ajar,
Bak kate Mentor, "Tunjuk Ajar Ku Sifu"
Yerla kalu xde org ajar, xder la smp "Menuju Puncak"

Bagi mmber2 bru, Slamat Berkenalan buat semua..
Keep in touch..!!