Tuesday, August 9, 2011

Maghi kita pakat mai baca nih


Baru2 ini aq choreograph sejenis persembahan tradisi dipanggil Boria. And the most important, berjaya dapat JUARA. Eh, korg tahu ke apa itu Boria? Mesti ramai yang tahukan?

Unfortunately, masih ada segelintir rakyat di Malaysia ini tidak tahu apa itu Boria.
Aq         : Eh, korg tahu x boria tu apa?
Si Junior : Entahla, x tahu la..
Aq         : Gurppp...(dalam hati; korg nih lahir kat London ke apa?)

Boria itu apa?

Sejenis Kuih?

Adik-beradik KERIA eyk?

Makanan tradisional? Puasa2 nih terliuq pulak bila sebut pasal makanan..

NO, NO and NO

Tak abis2 pasal makanan. Kalau korg nak tahu (yang dah tahu tu, buat2 la x tahu yer), Boria nih merupakan sebuah persembahan tradisional rakyat Pulau Mutiara, PULAU PINANG. Selepas mengchoreograph persembahan Boria tuh, aq dapat la sedikit sebanyak tentang Boria nih dengan buat kajian sendiri. 

SEJARAH
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (sumber : Wikipedia)

Haaa....dah tahu kan? Nak habaq sat kat hangpa, la nih, dah susah sangat nak tengok persembahan Boria nih. Kalau nak tengok, p Pulau Pinang la. Boria nih cek habaq mai, EXCITING and ENJOY sangat kalau kita perform. Tambah pulak kalau dapat costume dia yang ala-ala France tuh, kembang kat tangan dengan warna die yang..Fuhhhh! 

Penat tu x toksah cerita la kan sebab dari awal sampai habis, yang kat belakang tuh, duk menari jer. 
10 minit persembahan = 10 minit la menari . MAMPU???

Apa2 pun, kita orang Malaysia yang ada macam2 BUDAYA nih (bukan BUAYA yer) suppose to be TAHU kesenian2 yang ada kat Malaysia. 
Nanti xder la bila OMPUTEH tanya, 
"Excuse me, may I know what is Boria?" 
takde la kita 
"Boria is...Boria is...urm, why not you google it by yourself". 

Buat malu jer, kan? HAMPEH

Biarlah perkara2 macam nih dibawa sampai bila2, sampai kita nih dah layak jadi moyang pun masih ada warisan nih. Kalau tidak, habis lah harta karun nenek moyang kita nih hilang macam tuh jer. Bukan Boria jer, banyak lagi yang lain. Kalau bukan kita, xkan nak suruh OMPUTEH pulak, x pepasal nanti diorg kata itu diorg punya. 

Pa kata kita layan dulu video bawah ini.


0 comments:

Post a Comment