Sunday, August 7, 2011

Tidur Lah Lagi !!!

Siapa tahu apa itu TIDUR, sila jangan angkat tangan yer. Sebab semua orang pasti tidur. Kalau ada pun, abnormal la tuh. Mengikut website Wikipedia ini, tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia (2011). 

Ada manusia suka tidur MALAM. (Eh, normal la kan?)
Ada manusia suka tidur SIANG (ini kes dah jadi burung hantu)
Ada manusia suka tidur BERDENGKUR (kes ini yang paling aq nyampah)
Ada manusia suka tidur SAMBIL BERJALAN ( x pepasal jer jatuh tangga)
Ada manusia suka tidur di KATIL EMPUK (nk tidur mesti tilam empuk)
Ada manusia suka tidur X BERBAJU (ish, kalu hujan macam mana la eyk?)
Ada manusia suka tidur dengan TEDDY (konon2 comel la kan time tidur)

ANDA PULA BAGAIMANA?

Tidur itu memang lah bagus, lagi2 ada yang mengatakan tidur itu IBADAH (senang dapat pahala). Tapi kalau dah tidurnya dari malam sampai siang, dari siang sampai malam, BOM meletup dekat depan rumah pun x perasan. Situasi ini paling berbahaya dalam kalangan PELAJAR.

Ada pelajar suka tidur AWAL (tengok kulit diorg cantik ke x)
Ada pelajar suka tidur LEWAT (alasan sebab nak siapkan assignment)
Ada pelajar LANGSUNG x tidur (ape yang dibuatnya entah)

Pernah sekali berlaku apabila pensyarah kami beri kerja mak aihh, x hengat dunia. X silap aq subjek Kimia. Ktorg kene siapkan tutorial. Esok nya, sewaktu kelas, dah macam dekat masjid, duk berZIKIR ramai2. Rupa-rupanya masing2 tidur lambat sebab nak siapkan tutorial tuh. SABOR JER LAAAA... 


Jom tengok PERSONALITI korg mengikut POSISI TIDUR korg.


1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas
Korg digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tapi korg nih boros, *****a korg bernasib baik sebab gaji MASYUKKK.
Satu lagi, sikap korg yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Kira korg nih KAKI GOSIP


2. Menelentang dan kaki bersilang
Korg adalah seorang yang memikirkan tentang diri-sendiri dan susah nak terima perubahan.
Suka duduk bersendirian tetapi untungnya seorang yang boleh bertolak ansur.


3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala
Cara tidur seperti ini melambangkan korg mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.
Bagaimanapun, ada kalanya korg ada banyak idea yang pelik sampai susah orang lain nak follow
Dari sudut yang lain, korg adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, korg nih susah nak falling in love dengan sesiapa. Choosing kot....


4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit
Kalau korg tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, korg berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.
Hal orang lain pun x ambil peduli. Korg juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Dah boleh tukar kot cara tidur tuh.


5. Tidur dengan cara sisi
Melambangkan bahawa korg seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, korg dapat lihat kejayaan dalam apa juga yang korg lakukan. FUTURISTIK sangat kan..
Ini semuanya hasil usaha nonstop yang korg lakukan. Orang yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan KUASA dan TUAH. (wah, boleh dapat POWER laa..


6. Sisi dan badan merengkok
Ini lagi satu. Korg nih digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Orang yang berada di sekeliling korg harus berhati-hati, kerana korg nih macam gunung berapi yang tunggu masa nak muntahkan larva.


7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh
Berbeza dengan personaliti sebelum ini, korg adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa. But please, don't ever think you are PERFECT.
Ada baiknya, korg belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup korg.


8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok
Korg nih orang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Relaks sudaa.


9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap
Kesian, korg macam kesunyian dan kemurungan sebab terlalu OBSES dengan failure masa lampau dan masalah yang anda hadapi.
Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa korg seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.


10. Berselubung dalam selimut
Jangan terkejut kalau dikatakan, korg hanya kelihatan`MACHO' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya korg seorang yang amat pemalu dan lemah.
Tersangat la confidential. Tapi, kalau korg berdepan dengan masalah, korg pendam jer dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.
Atas sebab itulah time tidur muka korg duk berkerut jer masam tertelan limau masam.


So, which one ialah korg? Korg boleh buat penilaian sendiri kn...Fikir-fikirkan dan selamat beramal..=)


Tidur pun macam-macam style...

0 comments:

Post a Comment