"Weh, jom join cheeleader. Selasa malam nih korg ikut aq pergi register taw. And kau (aq lah tuh) yang penting k sebab kau DANCER"
WHAT ????
Aq = Cheerleader ?
X pernah sepanjang hayat aq nak join cheerleader nih ataw bahasa lidah aq, TUKANG SORAK, terpekik terlolong. Susah kot. X pepasal tengah-tengah rutin cheerleader, aq jadi SEMPUTTTT...haaaaa... Mana x nyer, lompat SANA, lompat SINI, lari SANA, lari SINI.
So, bagi x menghampakan HARAPAN member aq yang beria sangat nak masuk nih, aq follow jer la. Janji korg HAPPY. X memasal malam-malam ktorg bukak youtube cari video cheerleader. Then ktorg jumpa sebuah TV series yang famous kat luar negara nih. (Kalu kat negara omputeh nih, orang-orang HAWT jer yang leh join).
Jom usha salah satu video daripada cerita 'Bring It On' (2000)
cerita nih banyak version sampai lah yang terbaru tahun nih
Apa yang aq sangat RISAU kan nih sebab cheerleading sangat memerlukan stamina, ketangkasan and macam2 lah. Umur dah tua nih, aq memang sangat sedar diri. Haha..x larat seyh. Alamat nyer, petang-petang kena turun joging. Padan la tetiba ramai jer ajak aq TURUN joging. (bila ntah last aq turun joging. MALAS punya pasal kan). Plus, aq nih duk busy jer memanjang. Bila mahu rehat?
So, rasa-rasa korg, patut ke aq join cheerleader nih?
Tetiba jadi je petang tadi aq RAJIN turun bandroom. Setelah berbulan merajuk xnak turun, akhirnya aq turun gak (padahal rindu nak tengok EUPHONIUM aq). Selepas duk chit-chat dengan Dzu (komander nih weh). Dia kata "Nahlu, kau nk dtg dtg taw. Aku nk smbung kje".
Kerana cinta dan sayang ku pada SCCB (ayat poyo jer), dalam kul 6petang aq turun, tolong bersihkan instrument. Dalam hati, at least boleh jugak jumpa budak2 band yang lain. Sampai-sampai, ceh, berapa kerat jer yang ada.
Bersih punya bersih (lama jugak nih), try tiup x keluar bunyi. Apasal tarak keluar BUNYI pulak nih? Kerja aq cabut pasang jer compartment INSTRUMENT aq tuh. Nak ditanya budak junior, macam pelik pulak. Dahla jam pukul 7.15PM. Kelam-kabut dibuatnya. Yang si Jija nih pulak, duk main HANDPHONE aq. Snap sana. Snap sini. Handphone tuh memang untuk dibuat main. Haishh, habislah handphone aq.
Tetiba Ain jerit "Siapa yang x berbuka kat bandroom?". Aq dah janji dengan kawan nak berbuka kat masjid. Bulan-bulan puasa nih la kena rajin turun MASJID (actually dapat makan free..hihi). Dengan cepat dan tangkas jer, aq mengangkat TANGAN.
Sudah nya, aq simpan jer instrument aq tuh, dengan niat LATER aq turun lagi dan betul kan balik instrument tuh ( ke memang dah x boleh tiup?). Then aq call Azim (weh, apsal keluar lagu CINDAI pulak nih?), x diangkat. Call pulak Zul, x angkat jugak. Mana pulak diorg nih. Last-last aq call balik Azim. "Weh, korg kat mana?" "Kitorg kat bilik". Haaaaaa????
Rupa-rupanya diorg tunggu aq, pergi masjid saing la. Alamat nya x berbuka la aq hari nih. Balik bilik, nasib baik ada kurma atas meja. Terima kasih ya Merong dan Lekiu. Aq ambil sikit KURMA korg buat berbuka. Selepas bersiap, ajak si Azim dan Zul tadi berbuka kat cafe NR. burpppp...alhamdulillah. kenyang dengan NASI AYAM + OREN F&N + WAFER. Melantak habis aq.. itu lah kisah nyer...
Credit to Jija for the pix yer...
Sian nya euphonium nih lama x mandi
Ingat senang ke nak bersihkan euphonium nih?
Adik-adik junior duk sibuk bersihkan trumpet (sempat je bergosip kan)
Yang baju biru tuh, kenapa bersihkan trumpet pakai stick?
Sakitnya hati bila tiup x keluar bunyi.
Mangsa euphonium jadi x betul. New set please!
p/s~ Ada orang komen kat aq yang tempat post nih terlalu sempit. SORRY la Azim sebab template blog nih dh memang fit macam nih, x boleh ubah. Thanx for comment yer...=)
Hari ini telinga aq berdesing dua kali dengan bunyi yang agak KUAT gak la. Ni mesti ada sesuatu yang nak berlaku. Sebelum-sebelum ini memang itu yang berlaku pun.
Rupa-rupanya...............
1. Tadi aq NAMPAK seseorang yang aq agak suka la.
2. Pastu tgk kat langit, bulan cantik jer MENGAMBANG. Huhuu...PADAN laaa...
Korg pernah x alami apa yang aq alami nih?
Eh before tuh, tahu x apa itu TELINGA BERDESING?
Nama lain dia TINNITUS. Orang yang ada tinnitus nih, dia boleh dengar bunyi (deringan, "buzz", dll) kat dalam kepala dia. Ada yang cakap kata aq, maybe sebab selalu guna EARPHONE dan dengar lagu macam dunia ini dia yang punya. Betul ker? Sebab telinga aq nih dah berdesing sejak kecil lagi. Rasa-rasa korg?
Setelah di Google dan di Yahoo!, agak terkejut juga la aq, sebab beberapa kes yang boleh menyebabkan hilang pendengaran atau kata lain nya, PEKAK bedeeekkkkkk....Terperanjat Boboy jap aq. Selepas nih, aq nak try jumpa specialist lah. Gigih lah kan. Takut-takut ada yang x kena dengan telinga aq nih. X pepasal, duduk dalam kelas, hampeh x DENGAR sepatah haram pensyarah yg duk ngajar kat depan. DOKTOR....help me plizz!!!! haaa...sementara doktor duk check telinga aq nih, apa kata korg layan video kat bawah nih.
Lately, perasaan aq macam x tentu pasal. Kalu dapat keluar graf, memang tukang baca graf yang terkenal pun susah nak analisis. Memang terSANGAT AMAT lega bila event malam kebudayaan tu dah settle, tapi yang x best nya ada cerita-cerita BUSUK
Perasaan GERAM tuh hanya TUHAN yang tahu. Sabor jer laaaa....
Kenapa perkara macam nih boleh timbul? Biasalah kan, MANUSIA. Sentiasa x puas hati dengan yang lain. Ada jer yang x kena. Ada jer yang salah. Biaq p depa la. Janji ktorg happy.
And there is something yang make me HAPPY dan BANGGA sangat.
Thnx a lot tuh keluarga Performing Arts Club (PAC) for the AWESOME nite. Even ada kureng sikit, tp aq enjoy dengan malam kebudayaan tuh. And we did it. Big applause for us. Can't wait for next project. And sure thats gonna be BOOMMM kan?
Bak kata Mira Rosya (thats our lovely naib presiden)
"mira nak buat teater sal my heart le x???hihihihi...:P"
Cool jer.. so now, just WAIT and SEE..... =)
Bebudak Tarian - 1st time menari bukan tradisional
Muka happy selepas habis event (bukan main suka lagi Pet)
Baru2 ini aq choreograph sejenis persembahan tradisi dipanggil Boria. And the most important, berjaya dapat JUARA. Eh, korg tahu ke apa itu Boria? Mesti ramai yang tahukan?
Unfortunately, masih ada segelintir rakyat di Malaysia ini tidak tahu apa itu Boria. Aq : Eh, korg tahu x boria tu apa? Si Junior : Entahla, x tahu la.. Aq : Gurppp...(dalam hati; korg nih lahir kat London ke apa?)
Boria itu apa?
Sejenis Kuih?
Adik-beradik KERIA eyk?
Makanan tradisional? Puasa2 nih terliuq pulak bila sebut pasal makanan..
NO, NO and NO !
Tak abis2 pasal makanan. Kalau korg nak tahu (yang dah tahu tu, buat2 la x tahu yer), Boria nih merupakan sebuah persembahan tradisional rakyat Pulau Mutiara, PULAU PINANG. Selepas mengchoreograph persembahan Boria tuh, aq dapat la sedikit sebanyak tentang Boria nih dengan buat kajian sendiri.
SEJARAH
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (sumber : Wikipedia)
Haaa....dah tahu kan? Nak habaq sat kat hangpa, la nih, dah susah sangat nak tengok persembahan Boria nih. Kalau nak tengok, p Pulau Pinang la. Boria nih cek habaq mai, EXCITING and ENJOY sangat kalau kita perform. Tambah pulak kalau dapat costume dia yang ala-ala France tuh, kembang kat tangan dengan warna die yang..Fuhhhh!
Penat tu x toksah cerita la kan sebab dari awal sampai habis, yang kat belakang tuh, duk menari jer.
10 minit persembahan = 10 minit la menari . MAMPU???
Apa2 pun, kita orang Malaysia yang ada macam2 BUDAYA nih (bukan BUAYA yer) suppose to be TAHU kesenian2 yang ada kat Malaysia.
Nanti xder la bila OMPUTEH tanya,
"Excuse me, may I know what is Boria?"
takde la kita
"Boria is...Boria is...urm, why not you google it by yourself".
Buat malu jer, kan? HAMPEH
Biarlah perkara2 macam nih dibawa sampai bila2, sampai kita nih dah layak jadi moyang pun masih ada warisan nih. Kalau tidak, habis lah harta karun nenek moyang kita nih hilang macam tuh jer. Bukan Boria jer, banyak lagi yang lain. Kalau bukan kita, xkan nak suruh OMPUTEH pulak, x pepasal nanti diorg kata itu diorg punya.
Siapa tahu apa itu TIDUR, sila jangan angkat tangan yer. Sebab semua orang pasti tidur. Kalau ada pun, abnormal la tuh. Mengikut website Wikipedia ini, tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia (2011).
Ada manusia suka tidur MALAM. (Eh, normal la kan?)
Ada manusia suka tidur SIANG(ini kes dah jadi burung hantu)
Ada manusia suka tidur BERDENGKUR(kes ini yang paling aq nyampah)
Ada manusia suka tidurSAMBIL BERJALAN ( x pepasal jer jatuh tangga)
Ada manusia suka tidur di KATIL EMPUK (nk tidur mesti tilam empuk)
Ada manusia suka tidurX BERBAJU(ish, kalu hujan macam mana la eyk?)
Ada manusia suka tidur denganTEDDY(konon2 comel la kan time tidur)
ANDA PULA BAGAIMANA?
Tidur itu memang lah bagus, lagi2 ada yang mengatakan tidur itu IBADAH(senang dapat pahala). Tapi kalau dah tidurnya dari malam sampai siang, dari siang sampai malam, BOM meletup dekat depan rumah pun x perasan. Situasi ini paling berbahaya dalam kalangan PELAJAR.
Ada pelajar suka tidur AWAL (tengok kulit diorg cantik ke x)
Ada pelajar suka tidurLEWAT(alasan sebab nak siapkan assignment)
Ada pelajar LANGSUNG x tidur (ape yang dibuatnya entah)
Pernah sekali berlaku apabila pensyarah kami beri kerja mak aihh, x hengat dunia. X silap aq subjek Kimia. Ktorg kene siapkan tutorial. Esok nya, sewaktu kelas, dah macam dekat masjid, duk berZIKIR ramai2. Rupa-rupanya masing2 tidur lambat sebab nak siapkan tutorial tuh. SABOR JER LAAAA...
1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas Korg digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tapi korg nih boros, *****a korg bernasib baik sebab gajiMASYUKKK. Satu lagi, sikap korg yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Kira korg nih KAKI GOSIP!
2. Menelentang dan kaki bersilang Korg adalah seorang yang memikirkan tentang diri-sendiri dan susah nak terima perubahan. Suka duduk bersendirian tetapi untungnya seorang yang boleh bertolak ansur.
3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala Cara tidur seperti ini melambangkan korg mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu. Bagaimanapun, ada kalanya korg ada banyak idea yang pelik sampai susah orang lain nakfollow Dari sudut yang lain, korg adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, korg nih susah nakfalling in lovedengan sesiapa.Choosingkot....
4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit Kalau korg tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, korg berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka. Hal orang lain pun x ambil peduli. Korg juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Dah boleh tukar kot cara tidur tuh.
5. Tidur dengan cara sisi Melambangkan bahawa korg seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, korg dapat lihat kejayaan dalam apa juga yang korg lakukan.FUTURISTIKsangat kan.. Ini semuanya hasil usahanonstopyang korg lakukan. Orang yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakanKUASAdanTUAH. (wah, boleh dapatPOWERlaa..
6. Sisi dan badan merengkok Ini lagi satu. Korg nih digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Orang yang berada di sekeliling korg harus berhati-hati, kerana korg nih macam gunung berapi yang tunggu masa nak muntahkan larva.
7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh Berbeza dengan personaliti sebelum ini, korg adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa. But please, don't ever think you arePERFECT. Ada baiknya, korg belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup korg.
8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok Korg nih orang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Relaks sudaa.
9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap Kesian, korg macam kesunyian dan kemurungan sebab terlaluOBSESdenganfailuremasa lampau dan masalah yang anda hadapi. Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa korg seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.
10. Berselubung dalam selimut Jangan terkejut kalau dikatakan, korg hanya kelihatan`MACHO' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya korg seorang yang amat pemalu dan lemah. Tersangat laconfidential. Tapi, kalau korg berdepan dengan masalah, korg pendam jer dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa. Atas sebab itulahtimetidur muka korg duk berkerut jer masam tertelan limau masam.
So, which oneialah korg? Korg boleh buat penilaian sendiri kn...Fikir-fikirkan dan selamat beramal..=)
Jam 5:08 AM, tatkala orang duk nyenyak tidur, tetiba terasa hendak meng'update' blog nih. Kadang takde terkeluar idea nak update apa. Just kali ni nak sentuh sikit pasal pengurusan stress. Kalau taip pengurusan stress kt Google, memang banyak lah kan. Korang sendiri taw stress tuh tekanan pada diri and boleh agak sendiri macam2 jenis faktor ikut pengalaman korg sendiri. Dari apa yang aq dapat, pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996). Bohong la kalau tak pernah stress. Semua pernah rasa apa itu STRESSS!!!!!!
But I'm not speaking bout stress, tapi cara macam mane nak uruskan stress. Masing2 ada cara masing2 macam mana nak settle kan stress korg.
Ada yang MAKAN (jgn terlebih makan sudaa)
Ada yang berSHOPPING(xder duit macam mne nk shopping ?)
Ada yang pergi CLUBBING (yang nih kaki2 clubbing la)
Ada yang KAROK (sore sedap ke cam kera tercekik batu ke, janji happy)
Ada yang "Sayang, saya stress laa, Dating jom" (ada ke?)
Ada yang ___________ (Fill in the Blank mengikut cara korg)
Tapi aq? Aq lebih suka buat apa yang aq minat.
Aq suka DENGAR LAGU(dah taw stress, no lagu2 tangkap leleh yer)
Aq suka layan kawan2 kt FACEBOOK.
Aq suka MENARI. (time nih jer aq exercise kan badan..huhu)
Coz everything will make me fun and cheer. Kalau korg perasan lah kan, bila korg buat mende yang korg suka, korg akan rasa GUMBIRA. And bila dah rasa GUMBIRA, korg akan LUPA apa yang mendukacita kan sangat korg tuh. Betul x?
Before that, stress ni ade dua jenis. EUSTRESS(positif) dan DISTRESS(negatif). So, tak bermakna stress tuh merugikan korg. Nasihat aq, kalau nak stress tuh, pilihlah eustress sebab ini akan membantu perkembangan diri korg. Contoh lah kan, stress sebab nak exam, so korg take inisiatif untuk buat schedule supaya korg taw when dan what to study....dah macam kaunselor pulak aq nih. Jadi, fikir2 kan dan selamat beramal yer...
p/s~ Aq akan join Malam Kebudayaan (090811) kat tempat belajar aq. Need me to dance (asli n modern). We gonna make it GEMPAK! At least, for me, buang stress time tengah putus cinta nih..uhuk uhuk..
Aq anak Pahang yg still bljr kt Johor, mencari mmbe bru utk memeriahkan lg kehidupan seharian aq di samping keluarga aq yg tercinta. Semoga kite semua idup hepi2 sokmo..Kite Enjoy!!!